Saturday, November 15, 2008

Cantik Luar, Cantik Dalam





Kembali langsing dengan Tummy tuck & Liposuction


Semakin umur meningkat, semakin ketara pertambahan berat badan. Apabila berat badan bertambah, pastinya terdapat di beberapa bahagian badan yang menjadi ‘tumpuan’ lemak-lemak berkumpul. Dan tempat yang paling disukai oleh lemak-lemak ini berkumpul ialah di perut, paha dan punggung.

Sememangnya masalah ini paling ketara dihadapi oleh mereka yang berumur 40 ke atas. Walaupun anda mengamalkan diet, kurangkan makanan berlemak, berminyak dan sebagainya, tetapi masalah ini tetap timbul disebabkan kadar metabolisme sudah menurun.

Justeru bagaimana cara untuk menyahkan lemak yang membuatkan bentuk badan anda kelihatan hodoh? Kini, teknologi moden mampu membantu anda mengatasi permasalahan ini. Salah satu caranya ialah dengan rawatan Tummy Tuck atau Liposuction (Sedut lemak) Tummy Tuck (Kikis lemak pada abdomen). Kaedah ini dilakukan bertujuan membuang lebihan lemak di bawah abdomen dan berperanan mengetatkan dinding abdomen. Dengan ini, masalah perut menggeleber tiada lagi. Sesiapa sahaja boleh melakukan pembedahan ini. {Read From Original Source....}

No comments: