Saturday, November 15, 2008

Isu: Tegang vz Kendur















Lembik, kendur dan geleber; merupakan tiga daripada senarai perkara-perkara yang menakutkan kita, kaum wanita Lebih-lebih di usia ini; 40-an. Tidak keterlaluan jika dikatakan ramai di kalangan kita yang panas punggung saat mula menyedari diri mula dihimpit dengan segala permasalahan itu.

Lebih menakutkan, ramai yang mula membayangkan suami yang mungkin akan mula hilang minat terhadap diri mereka. Lebih menggerunkan, andainya cinta si suami akan beralih arah pada si pucuk muda pula! Oh tidak!

Mengenangkan itu semua, pasti cukup membebankan. Sudahlah memikirkan diri tidak secantik dahulu, ditambah pula kerisauan terhadap suami. Jadi, tak hairanlah jika ramai yang sanggup berkorban apa saja demi untuk mengekalkan kejelitaan dan kebugaran tubuh mereka.

Antara langkah diambil, dengan mengunjungi pusat-pusat kecantikan untuk mendapatkan ‘bantuan’ yang sewajarnya. Misi hanyalah satu; mahu kelihatan seperti dahulu - anjal dan tegang. Sebolehnya biarlah usia sahaja yang memanjat diri tetapi bukan pada organ yang menjadi kebanggaan diri. Payu dara, leher dan perut, sering menjadi bahagian utama yang mahu disembunyikan ‘kelemahannya’, selain pinggul dan punggung.{Read From Original Source....}

No comments: